Monday, March 30, 2009

Today’s Technology

If we talk about technology…fuhh…we can’t say that we already master in all technologies around us. Because technology is like mushroom.. for example, yesterday we were introduced to MP3 player. We thought this gadget is the latest with good features but the next day we were exposed with MP4 player yang lebih banyak penggunaannya and surprised….next day we have MP5... iPod... and other wonderful gadgets. Same story with web. Once upon a time (..like story telling) I read about Web 1.0 which was a static information dump where people read websites but rarely interacted with them. Next day suddenly Web 2.0 hangat diperkatakan. Belum habis meneroka Web 2.0 muncul pula Web 3.0 which is a web where all information is categorized and stored in such a way that a computer can understand it as well as a human.


What did you learn from this activity

Aktiviti ini telah memberi pendedahan yang bermakna kepada saya tentang kewujudan banyak teknologi-teknologi yang amat efektif dan memudahkan pembelajaran berlaku. Adobe Pro Connect Meeting salah satu contoh yang baik yang boleh dilaksanakan dalam distance education di mana instructor boleh berkongsi skrin pada komputer dengan pelajarnya. Lain-lain teknologi yang saya kenal melalui aktiviti ini ialah seperti Discussion Board, Webct, Webinar, Podcast. SmartPhone , Wiziq, dan tv satelit .

What instructional stratergies worked ?

Langkah pertama dalam presentation saya dan zamiah ialah untuk menunjukkan bahawa pembelajaran tetap dapat dijalankan walaupun instructor tidak berada bersama-sama dengan learners. Menggunakan teknologi yang ada seperti MMS dan video tutorial, zamiah sebagai instructor masih dapat menyampaikan pembelajaran dengan berkesan kepada pelajarnya. Aktiviti menggunakan Adobe Pro Connect Meeting adalah satu pengalaman yang bermakna kepada learners kerana mereka dapat berkongsi idea dan merasai sendiri penggunaannya.
Group activity yang melibatkan Synchronous dan asynchronous juga berkesan. When learners get a piece of paper yang ditulis satu jenis teknologi, they tried to recognize either it is Synchronous or Asynchronous. In this situation they will discuss each other and understand well what Synchronous or Asynchronous are.

What instructional strategies didn’t work? And Why?

Saya setuju dengan pendapat Zamiah iaitu penggunaan video tutorial seiring dengan slaid powerpoint adalah kurang berkesan kerana ia menyerupai direct instruction. Mungkin perlu sedikit adjustment supaya ia kelihatan tidak ‘kaku’ sepanjang proses pembelajaran.


What would you done differently?

Semasa proses pembelajaran secara video tutorial, mungkin lebih baik sekiranya learners dibekalkan dengan worksheet untuk dilengkapkan supaya mereka lebih focus dengan isi kandungan pembelajaran tersebut.
Would you implement similar instructional strategies if this was in a distance education setting ?

Strategi pembelajaran yang telah saya dan zamiah gunakan dalam presentation tempohari ialah penggunaan MMS, video tutorial, audio tutorial dan Adobe Pro Connect Meeting. Saya berpendapat bahawa strategi tersebut adalah sesuai untuk dijalankan dalam distance education di mana kami telah menggunakan beberapa teknik berdasarkan Taxonomy of Distance Education Technologies seperti Prerecorded Media dan One-Way Live Video.
Namun begitu saya juga berpendapat adalah lebih bermakna sekiranya tenik Two-Way Audio, Two-Way Audio with Graphics, Two-Way Audio, One-Way Video, Two-Way Audio/Video dan Desktop Two-Way Audio/Video digunakan.

2 comments:

  1. Saya enjoy yang part guna Adobe Pro Connect tu, tak tahu pun teknologi tu ada di web sekarang. Percuma pula tu :)

    ReplyDelete
  2. Excellent reflection and self-evaluation. If you continue to think they way you have, you are well on the way to become a effective life-long learner!

    ReplyDelete