1) What was the quality of my contribution to the wiki ?
Wiki yang pertama menyukarkan pemahaman saya untuk melibatkan diri dalam perbincangan. Wiki yang kedua iaitu LearningHaven telah menyelamatkan keadaan saya untuk memahami tentang apa yang cuba dibincangkan.
LearningHaven telah memberi gambaran yang jelas tentang cara pembelajaran mengikut tahap iaitu dalam konteks tahap pertama, konteks tahap kedua dan konteks tahap ketiga.
Apabila menonton video klip yang disediakan dalam ketiga-tiga tahap tersebut, saya dapat belajar bagaimana untuk menjalankan sesuatu pembelajaran dan bagaimana kita boleh mengubah cara kita mengajar mengikut kesesuaian pelajar kita belajar.
Saya telah menyumbang idea-idea yang saya fikirkan bersesuaian dalam beberapa aktiviti dan dalam ruangan perbincangan. Dalam aktiviti C, saya telah menambah satu lagi unsur dalam Strategi Pembelajaran iaitu students based learning dalam jadual yang disediakan. Saya menyangkakan apa yang saya tambah itu betul kerana tiada siapa yang pertikaikannya dalam ruangan perbincangan (discussion). Sehinggalah semasa Dr. Tee menegur tentang perkara tersebut. Dan beberapa hari kemudian saya dapati Zamiah telah memberi cadangan untuk menukarkan students based learning kepada nondirective teaching dan disokong oleh Hana.
2) How could I have improved the quality of the content ?
Saya membaca idea-idea yang disumbangkan oleh rakan-rakan yang lain dan saya akan cuba mencari makna atau penerangan melalui sumber yang lain sekiranya saya kurang memahami apa yang dimaksudkan. Kemudian saya akan memberikan pandangan dan idea saya untuk melihat apa pula komen rakan – rakan yang lain.
3) What did I learnt from this activity?
Berdasarkan aktiviti dalam LearningHaven, saya dapati tiga tahap pendekatan pembelajaran yang ditunjukkan dalam video amat berkesan. Dalam pendidikan jarak jauh (Distance Education) sekalipun guru perlu mengambil berat tentang cara pembelajaran yang akan dijalankan kepada pelajar-pelajarnya.
Melalui aktiviti ini juga saya dapati Wikispaces adalah salah satu cara yang berkesan untuk menjalankan perbincangan dan berkongsi idea secara online.
Saturday, April 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment