Saturday, April 11, 2009

FINAL REFLECTION ON BLOG

What are 2 or 3 most meaningful things you have learned in the class?
Sebelum kewujudan kemudahan internet, Pendidikan Jarak Jauh dilaksanakan dengan cara pelajar dan tenaga pengajar bertemu semasa kuliah yang dijalankan pada hari, waktu dan tempat yang ditentukan. Memang tidak dinafikan bahawa mengikuti kelas secara ‘face-to-face’ dengan tenaga pengajar memang banyak faedahnya. Tanpa perlu membuang masa pelajar boleh bertanyakan kepada tenaga pengajar mengenai masalah pembelajaran yang dihadapi. Namun begitu, ini akan menimbulkan masalah kepada mereka yang berada jauh dari pusat pengajian dan bagi mereka yang sibuk dengan tugas harian. Maka proses pembelajaran mereka tidak dapat dijalankan. Dengan aliran kemajuan teknologi yang berubah dan pesat membangun dari hari ke hari, iaitu dengan wujudnya internet, Web 2.0, Web 3.0, Blog, TV satelit dan lain-lain lagi, Pendidikan Jarak Jauh bukan lagi menjadi masalah kepada mereka yang ingin menimba ilmu.
Hampir selama 14 minggu saya dan rakan-rakan lain didedahkan dengan pelbagai maklumat berkenaan dengan Pendidikan Jarak Jauh (Distance Education). Dan dalam tempoh itu banyak pengetahuan baru yang saya pelajari melalui bimbngan Dr. Tee. Pertama sekali berkenaan dengan Fasa Pembangunan(Instructional Design Models). Terdapat beberapa jenis Fasa Pembangunan yang pernah saya baca sebelum ini seperti Model ASSURE, Model Dick and Carey, dan yang paling banyak digunakan dalam fasa pembangunan ialah Model ADDIE.
Sebelum ini apa yang saya faham mengenai model ADDIE adalah proses pembangunannya adalah mengikut urutan di mana ia bermula dengan fasa Analisis, diikuti fasa Reka Bentuk, fasa Pembangunan, kemudian fasa Pelaksanaan dan akhir sekali fasa Penilaian.

Namun demikian apabila Dr. Tee menerangkan tentang fasa pembangunan Feedback-based process (RAD Lite) di dalam kuliah minggu ke 3, saya dapati fasa tersebut lebih efektif dan bermakna untuk digunakan dalam pembangunan sesuatu pengajaran. Ini adalah kerana setiap fasa akan dinilai hasilnya. Apabila keputusan penilaian didapati sesuai dan baik maka fasa seterusnya akan dilakukan.
26 Mac ialah hari pembentangan saya dan Zamiah yang bertajuk ‘Today’s technology’. Pembentangan tersebut telah menyedarkan saya tentang betapa besarnya sumbangan penggunaan teknologi yang boleh kita gunakan untuk proses Pendidikan Jarak Jauh. Kewujudan Discussion Board, Webct, Webinar, Podcast, SmartPhone , Wiziq, dan tv satelit telah memudahkan tenaga pengajar untuk berhubung dengan pelajarnya dan membuktikan bahawa proses pendidikan tetap berjalan walaupun jarak telah memisahkan mereka untuk berjumpa.
From this DE class also I learnt how to make reflections, give opinion and sharing ideas with my colleagues. They also can give feedback and I respond positively.

What will you do with the knowledge that you have cultivated from this class
Baru saya sedar bahawa untuk melaksanakan sesuatu pendidikan, tenaga pengajar perlu mengambil kira beberapa perkara penting yang mana saya akan gunakan mulai hari ini. Antaranya ialah aras Taxsonomy Bloom, Learning Management System(LMS), Content Management System (CMS) dan 4 prinsip yang dinyatakan oleh Driscoll iaitu Learning occurs in context, learning is active, learning is social dan learning is reflective menyedarkan saya bahawa teknologi amat membantu dalam pendidikan. Saya boleh mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran saya di sekolah, memandangkan saya banyak terlibat dengan aktiviti luar yang membuatkan saya selalu tertinggal pengajaran saya di sekolah. Sebagai permulaan, saya telah menggunakan teknologi yang paling ringkas iaitu Yahoo Group sebagai platform untuk saya memberi nota dan berdiskusi dengan pelajar-pelajar saya.

Akhir sekali terima kasih yang tak terhingga kepada Dr. Tee dan rakan-rakan yang lain yang banyak berkongsi idea selama ini.
See you all next time..

E-poster

Hari ini semua kumpulan mempromosi E-poster masing-masing. Hari ini yang sempat bentang produk hanyalah 4 kumpulan. Takut pulak rasanya apabila pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh rakan-rakan yang lain dan sudah tentunya persoalan yang mantap dari Dr. Tee..Berpeluh jugak kalau nak menjawab semua persoalan itu.
Next week is my turn.

Reflection on Wiki

1) What was the quality of my contribution to the wiki ?
Wiki yang pertama menyukarkan pemahaman saya untuk melibatkan diri dalam perbincangan. Wiki yang kedua iaitu LearningHaven telah menyelamatkan keadaan saya untuk memahami tentang apa yang cuba dibincangkan.
LearningHaven telah memberi gambaran yang jelas tentang cara pembelajaran mengikut tahap iaitu dalam konteks tahap pertama, konteks tahap kedua dan konteks tahap ketiga.
Apabila menonton video klip yang disediakan dalam ketiga-tiga tahap tersebut, saya dapat belajar bagaimana untuk menjalankan sesuatu pembelajaran dan bagaimana kita boleh mengubah cara kita mengajar mengikut kesesuaian pelajar kita belajar.
Saya telah menyumbang idea-idea yang saya fikirkan bersesuaian dalam beberapa aktiviti dan dalam ruangan perbincangan. Dalam aktiviti C, saya telah menambah satu lagi unsur dalam Strategi Pembelajaran iaitu students based learning dalam jadual yang disediakan. Saya menyangkakan apa yang saya tambah itu betul kerana tiada siapa yang pertikaikannya dalam ruangan perbincangan (discussion). Sehinggalah semasa Dr. Tee menegur tentang perkara tersebut. Dan beberapa hari kemudian saya dapati Zamiah telah memberi cadangan untuk menukarkan students based learning kepada nondirective teaching dan disokong oleh Hana.

2) How could I have improved the quality of the content ?
Saya membaca idea-idea yang disumbangkan oleh rakan-rakan yang lain dan saya akan cuba mencari makna atau penerangan melalui sumber yang lain sekiranya saya kurang memahami apa yang dimaksudkan. Kemudian saya akan memberikan pandangan dan idea saya untuk melihat apa pula komen rakan – rakan yang lain.

3) What did I learnt from this activity?
Berdasarkan aktiviti dalam LearningHaven, saya dapati tiga tahap pendekatan pembelajaran yang ditunjukkan dalam video amat berkesan. Dalam pendidikan jarak jauh (Distance Education) sekalipun guru perlu mengambil berat tentang cara pembelajaran yang akan dijalankan kepada pelajar-pelajarnya.
Melalui aktiviti ini juga saya dapati Wikispaces adalah salah satu cara yang berkesan untuk menjalankan perbincangan dan berkongsi idea secara online.

Monday, March 30, 2009

Today’s Technology

If we talk about technology…fuhh…we can’t say that we already master in all technologies around us. Because technology is like mushroom.. for example, yesterday we were introduced to MP3 player. We thought this gadget is the latest with good features but the next day we were exposed with MP4 player yang lebih banyak penggunaannya and surprised….next day we have MP5... iPod... and other wonderful gadgets. Same story with web. Once upon a time (..like story telling) I read about Web 1.0 which was a static information dump where people read websites but rarely interacted with them. Next day suddenly Web 2.0 hangat diperkatakan. Belum habis meneroka Web 2.0 muncul pula Web 3.0 which is a web where all information is categorized and stored in such a way that a computer can understand it as well as a human.


What did you learn from this activity

Aktiviti ini telah memberi pendedahan yang bermakna kepada saya tentang kewujudan banyak teknologi-teknologi yang amat efektif dan memudahkan pembelajaran berlaku. Adobe Pro Connect Meeting salah satu contoh yang baik yang boleh dilaksanakan dalam distance education di mana instructor boleh berkongsi skrin pada komputer dengan pelajarnya. Lain-lain teknologi yang saya kenal melalui aktiviti ini ialah seperti Discussion Board, Webct, Webinar, Podcast. SmartPhone , Wiziq, dan tv satelit .

What instructional stratergies worked ?

Langkah pertama dalam presentation saya dan zamiah ialah untuk menunjukkan bahawa pembelajaran tetap dapat dijalankan walaupun instructor tidak berada bersama-sama dengan learners. Menggunakan teknologi yang ada seperti MMS dan video tutorial, zamiah sebagai instructor masih dapat menyampaikan pembelajaran dengan berkesan kepada pelajarnya. Aktiviti menggunakan Adobe Pro Connect Meeting adalah satu pengalaman yang bermakna kepada learners kerana mereka dapat berkongsi idea dan merasai sendiri penggunaannya.
Group activity yang melibatkan Synchronous dan asynchronous juga berkesan. When learners get a piece of paper yang ditulis satu jenis teknologi, they tried to recognize either it is Synchronous or Asynchronous. In this situation they will discuss each other and understand well what Synchronous or Asynchronous are.

What instructional strategies didn’t work? And Why?

Saya setuju dengan pendapat Zamiah iaitu penggunaan video tutorial seiring dengan slaid powerpoint adalah kurang berkesan kerana ia menyerupai direct instruction. Mungkin perlu sedikit adjustment supaya ia kelihatan tidak ‘kaku’ sepanjang proses pembelajaran.


What would you done differently?

Semasa proses pembelajaran secara video tutorial, mungkin lebih baik sekiranya learners dibekalkan dengan worksheet untuk dilengkapkan supaya mereka lebih focus dengan isi kandungan pembelajaran tersebut.
Would you implement similar instructional strategies if this was in a distance education setting ?

Strategi pembelajaran yang telah saya dan zamiah gunakan dalam presentation tempohari ialah penggunaan MMS, video tutorial, audio tutorial dan Adobe Pro Connect Meeting. Saya berpendapat bahawa strategi tersebut adalah sesuai untuk dijalankan dalam distance education di mana kami telah menggunakan beberapa teknik berdasarkan Taxonomy of Distance Education Technologies seperti Prerecorded Media dan One-Way Live Video.
Namun begitu saya juga berpendapat adalah lebih bermakna sekiranya tenik Two-Way Audio, Two-Way Audio with Graphics, Two-Way Audio, One-Way Video, Two-Way Audio/Video dan Desktop Two-Way Audio/Video digunakan.

Saturday, March 28, 2009

Benchmarks and Best Practices in DE

Today, Fazu and Mosayeb presented the Benchmarks and Best Practices in DE. Both Fazu and Mosayeb did a good explaination.
After the discussion and did some activities during the presentation, I made my own conclusion that benchmark is the target or goals that we want to achieve, while Best Practices is how we want to achieve the goals. What I mean with Best Practices is, what are we going to do to achieve the goals.
According to wiktionary, benchmark means a standard by which something is evaluated or measured and a surveyor's mark made on some stationary object and shown on a map; used as a reference point.

Evaluating for Distance Education Class

Today I can’t attend the class because I’m having Headcount course ( I’m one of the facilitators).
According the course schedule, the topic today is Evaluating for Distance Education Class. Penilaian (evaluation) terhadap pengajaran dan pembelajaran jarak jauh perlu dilaksanakan atas tujuan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dihadapi. Berdasarkan kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti, program jarak jauh yang dilaksanakan dapat diperbaiki demi untuk mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan program tersebut. Oleh itu benchmark perlu ada untuk mengenalpasti samada objektif program dapat dicapai atau tidak. Namun demikian, penilaian secara kuantitatif atau kualitatif adalah berpandukan kepada benchmark.

Wednesday, March 11, 2009

LearningHaven Wikis..

What do you think of the new "how people learn" wiki?
Pada pendapat saya Wiki yang baru lebih tersusun dan dalam erti kata lain mudah di fahami. It seems not too heavy and scary..

What helps you learn?
Penyusunan 3 konteks yang berbeza memudahkan saya membuat perbandingan cara pembelajaran mengikut tahap pelajar. Penggunaan video juga amat berkesan bagi pembelajaran jarak jauh(Distance Education) iaitu ia merupakan satu aktiviti yang efektif untuk menjana idea (brainstorming)walaupun perlu menunggu untuk buffering time..