Saturday, April 11, 2009

FINAL REFLECTION ON BLOG

What are 2 or 3 most meaningful things you have learned in the class?
Sebelum kewujudan kemudahan internet, Pendidikan Jarak Jauh dilaksanakan dengan cara pelajar dan tenaga pengajar bertemu semasa kuliah yang dijalankan pada hari, waktu dan tempat yang ditentukan. Memang tidak dinafikan bahawa mengikuti kelas secara ‘face-to-face’ dengan tenaga pengajar memang banyak faedahnya. Tanpa perlu membuang masa pelajar boleh bertanyakan kepada tenaga pengajar mengenai masalah pembelajaran yang dihadapi. Namun begitu, ini akan menimbulkan masalah kepada mereka yang berada jauh dari pusat pengajian dan bagi mereka yang sibuk dengan tugas harian. Maka proses pembelajaran mereka tidak dapat dijalankan. Dengan aliran kemajuan teknologi yang berubah dan pesat membangun dari hari ke hari, iaitu dengan wujudnya internet, Web 2.0, Web 3.0, Blog, TV satelit dan lain-lain lagi, Pendidikan Jarak Jauh bukan lagi menjadi masalah kepada mereka yang ingin menimba ilmu.
Hampir selama 14 minggu saya dan rakan-rakan lain didedahkan dengan pelbagai maklumat berkenaan dengan Pendidikan Jarak Jauh (Distance Education). Dan dalam tempoh itu banyak pengetahuan baru yang saya pelajari melalui bimbngan Dr. Tee. Pertama sekali berkenaan dengan Fasa Pembangunan(Instructional Design Models). Terdapat beberapa jenis Fasa Pembangunan yang pernah saya baca sebelum ini seperti Model ASSURE, Model Dick and Carey, dan yang paling banyak digunakan dalam fasa pembangunan ialah Model ADDIE.
Sebelum ini apa yang saya faham mengenai model ADDIE adalah proses pembangunannya adalah mengikut urutan di mana ia bermula dengan fasa Analisis, diikuti fasa Reka Bentuk, fasa Pembangunan, kemudian fasa Pelaksanaan dan akhir sekali fasa Penilaian.

Namun demikian apabila Dr. Tee menerangkan tentang fasa pembangunan Feedback-based process (RAD Lite) di dalam kuliah minggu ke 3, saya dapati fasa tersebut lebih efektif dan bermakna untuk digunakan dalam pembangunan sesuatu pengajaran. Ini adalah kerana setiap fasa akan dinilai hasilnya. Apabila keputusan penilaian didapati sesuai dan baik maka fasa seterusnya akan dilakukan.
26 Mac ialah hari pembentangan saya dan Zamiah yang bertajuk ‘Today’s technology’. Pembentangan tersebut telah menyedarkan saya tentang betapa besarnya sumbangan penggunaan teknologi yang boleh kita gunakan untuk proses Pendidikan Jarak Jauh. Kewujudan Discussion Board, Webct, Webinar, Podcast, SmartPhone , Wiziq, dan tv satelit telah memudahkan tenaga pengajar untuk berhubung dengan pelajarnya dan membuktikan bahawa proses pendidikan tetap berjalan walaupun jarak telah memisahkan mereka untuk berjumpa.
From this DE class also I learnt how to make reflections, give opinion and sharing ideas with my colleagues. They also can give feedback and I respond positively.

What will you do with the knowledge that you have cultivated from this class
Baru saya sedar bahawa untuk melaksanakan sesuatu pendidikan, tenaga pengajar perlu mengambil kira beberapa perkara penting yang mana saya akan gunakan mulai hari ini. Antaranya ialah aras Taxsonomy Bloom, Learning Management System(LMS), Content Management System (CMS) dan 4 prinsip yang dinyatakan oleh Driscoll iaitu Learning occurs in context, learning is active, learning is social dan learning is reflective menyedarkan saya bahawa teknologi amat membantu dalam pendidikan. Saya boleh mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran saya di sekolah, memandangkan saya banyak terlibat dengan aktiviti luar yang membuatkan saya selalu tertinggal pengajaran saya di sekolah. Sebagai permulaan, saya telah menggunakan teknologi yang paling ringkas iaitu Yahoo Group sebagai platform untuk saya memberi nota dan berdiskusi dengan pelajar-pelajar saya.

Akhir sekali terima kasih yang tak terhingga kepada Dr. Tee dan rakan-rakan yang lain yang banyak berkongsi idea selama ini.
See you all next time..

1 comment:

  1. Terima kasih! I look forward to seeing your prototype.

    Do continue to engage in critical reflection, particularly in your profession as a teacher and educator. Whenever necessary, do try to get feedback from your colleagues or peers.

    Take care and best wishes.

    ReplyDelete