Monday, February 16, 2009

5th Reflection : 11th February

Hari ini pembentangan kedua dijalankan oleh Chun dan Lim berkaitan dengan tajuk “Learning Strategies”.

Dengan menggunakan teknik visual, mereka memaparkan pelbagai “Learning Strategies” yang mana sebelum ini susah untuk saya ingat. Tapi dengan visual tersebut memudahkan saya untuk mengingati satu persatu dengan membayangkan gambar-gambar yang dipaparkan.

Salah satu strategi yang diperdebatkan ialah “Brainstorming”. Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan untuk ‘pro’ dan ‘con’ serta ‘parti bebas’ untuk menilai hasil perbincangan. Kumpulan kami membincangkan tentang ‘con’ iaitu menyenaraikan kelemahan-kelemahan “Brainstorming”. Antara kelemahan yang berjaya kami bincangkan ialah :

  • Perbezaan tempat antara satu sama lain
  • Perbezaan masa. Mungkin masa untuk berbincang adalah tidak sama maka respon atau maklum balas adalah lambat.
  • ‘lost direction’ di mana perbincangan tidak terarah kerana tidak ada yang mengawal perbincangan.
  • Kesukaran memahami perbincangan
  • Gangguan talian atau ‘server down’ atau ‘connection failure’
  • 'no emotional’ iaitu perbincangan menggunakan web 2.0 seperti blog,wikispaces atau moodle adalah tanpa kita tahu reaksi atau perasaan orang lain yang sedang berbincang dengan kita.

Persoalannya adakah penting penggunaan “Brainstorming” di dalam pembelajaran jarak jauh (DE)? Bagi saya penggunaan strategi tersebut adalah perlu di dalam pembelajaran jarak jauh (DE) kerana dalam apa saja pembelajaran penggunaan “Brainstorming” amat baik untuk menjana idea dan sekaligus mengumpul maklumat antara ahli perbincangan. Bagi saya juga kelemahan-kelemahan yang telah kumpulan kami senaraikan itu tidak bermakna “Brainstorming” langsung tidak diperlukan di dalam pembelajaran jarak jauh (DE).

Saya setuju dengan persoalan yang dikemukakan oleh Zamiah dalam blog beliau iaitu siapa yang bertanggungjawab menentukan strategi pembelajaran yang sesuai digunakan dalam DE? Adakah instructor mempunyai kuasa sepenuhnya menetapkan learning stratergy yang digunakan?

1 comment:

  1. Wan, thanks for sharing your group's thoughts about brainstorming in a DE context. Interestingly, quite a number of companies use focussed brainstorming in an online context to develop ideas for their next product. How successful the session is oftem depend on how well it is implemented.

    Also, re: questions in the last paragraph. Well, it depends. In many organizations, it instructional designer often acts as a consultant to the instructor who leads the process. In other organizations, the I.D. may dictate a little more. As a teacher, what do you prefer?

    ReplyDelete